Memahami Penyakit Jantung Berlubang
- Penyakit jantung berlubang sebenarnya adalah penyakit congenital iaitu penyakit dialami sejak dari lahir, yang melibatkan kebocoran pada septum jantung yang menggganggu peredaran darah dalam jantung.
- Jantung kita mempunyai dua bahagian iaitu sebelah kanan dan kiri dan di antara keduanya dibahagikan lagi menjadi empat bilik. Jantung sebelah kanan dan kiri dipisahkan oleh dinding yang dipanggil septum. Septum ini akan menghalang percampuran darah yang mengandung banyak oksigen di sebelah kiri dan darah yang mengandungi kurang oksigen di sebelah kanan jantung.
- Namun begitu atas sebab tertentu ada bayi yang dilahirkan mempunyai lubang pada dinding septumini.Jika lubang itu berada di bahagian atas dinding septum ia dikenali sebagai atrial septal defect (ASD). Jika lubang itu berada di bahagian bawah septum ia dinamakan sebagai ventricular septal defect (VSD).
jenis penyakit jantung berlubang, terbahagi kepada dua;
Asd (ATRIAL SEPTAL DEFECT)
- apabila terdapat lubang pada atrium, oksigen dari bahagian kiri jantung masuk semula ke bahagian kanan
- tindakan tersebut menyebabkan jantung sebelah kanan terpaksa mengepam dengan lebih kuat mengakibatkan bengkak
- tekanan yang meningkat akan menyebabkan kerosakan paru-paru
- juga dikenali sebagai jantung tak biru ( acyanostic congenital heart disease)
VSD ( CYNOSTIC CONGENITAL HEART DISEASE)
- Dikenali sebagai jantung biru (cynostic congenital heart disease)
- terdapat lubang pada dinding (septum) bahagian bawah yang menyebabkan darah mengandungi oksigen dari bahagian kiri masuk ke bahagian kanan
- darah yang berlebihan ini akan dipam semula ke dalam paru-paru yang boleh menyebabkan kerosakan paru-paru dan jantung.
punca ::
- pada perkembangan embrio, gabungan ventricularr dan membranous terjadi saat kehamilan umur 4-8 minggu. perkembangan septum muskular terjadi saat ventrikel kanan dan kiri membentuk sumbu( fuse).
- rubella
- ibu yang kaki alkohol
- usia ibu di atas 40 tahun semasa mengandungkan bayi
- ibu menderita diabetis
- keturunan
- sindrom down
Simptom /tanda kegagalan jantung
- Kebanyakan bayi yang menghidap atrial septal defects (ASDs) tidak mempunyai tanda atau simptoms yang tertentu. Biasanya hanya kedengaran bunyi degupan jantung murmur yang dikesan melalui pemeriksaan jantung melalui stethoscope.
- Apabila kebocoran itu serius akibat lubang pada dinding septum jantung itu membesar, maka tanda-tanda kegagalan jantung akan bermula. Antaranya mudah penat dan susah bernafas terutama selepas aktiviti fizikal, selain itu air akan berkumpul di paru-paru dan pergelangan kaki akan bengkak.Ia selalunya bermula selepas bayi meningkat umur dan mula melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan dan berlari.
- Jika bayi yang belum boleh berjalan dan berlari, masalah utama yang biasa dihadapi ialah kesukaran untuk memberikan makanan dan menyusukan pada bayi itu, seterusnya menyebabkan pertumbuhan fizikalnya menjadi agak terbantut.
- Inilah yang menjadi kebimbangan para ibubapa dan doktor apabila bayi itu tidak dapat membesar dan mencapai berat badan secukupnya. Keadaan ini biasanya berlaku pada bayi yang mempunyai lubang besar VSD, lahir tidak matang dan menunjukkan tanda sukar bernafas apabila sedang disusukan.
rawatan:
Mendiagnosa dengan echocardiogram
- Cara terbaik untuk mendiagnosa kebocoran pada jantung ialah menggunakan teknik echocardiogram, sama seperti teknik ultrasound bezanya ianya digunakan untuk melihat aktiviti pergerakan jantung.
- Pakar akan segera mengetahui kecacatan/kebocoran yang berlaku pada dinding septum dan tahap kritikal jantung itu. Ini membantu doktor membuat keputusan sama ada pesakit hanya perlu diberikan rawatan dengan ubat-ubatan atau melakukan pembedahan dengan segera.
- Kebanyakan pesakit jantung berlubang tidak perlu dibedah. Ini disebabkan kebocoran itu dibaiki secara semulajadi. Ini bermakna walaupun tanpa pembedahan, kebocoran pada dinding septum itu akan dibaiki dan ’tertampal’ semula.Namun ada beberapa pesakit yang memerlukan rawatan. Ini bergantung kepada jenis lubang dan saiz lubang pada dinding septum itu.
penuaan:
- , pemeriksaan berkala perlu dilakukan bagi pesakit ASD untuk mengetahui lubang pada septum itu sudah tertutup dengan sendirinya. Namun begitu pemeriksaan berkala yang kerap tidak diperlukan, memadai dengan pemeriksaan setahun sekali. Lima puluh peratus dari pesakit ASD tertutup dengan sendirinya dan dua puluh peratus daripadanya berlaku pada usia setahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan